Solskjaer kagum dengan aksi Maguire, Fred dan McTominay

Oleh Ammar Hakim 8 November 2020 354
Solskjaer kagum dengan aksi Maguire, Fred dan McTominay
Persembahan dominan Harry Maguire ketika Manchester United menang 3-1 ke atas Everton meraih pujian daripada Ole Gunnar Solskjaer, yang turut menyanjung gandingan Fred dan Scott McTominay di bahagian tengah.

United bangkit daripada kekalahan kepada Arsenal dan Istanbul Basaksehir dengan tiga mata berharga diperoleh di Goodison Park, melegakan tekanan yang dipikul Solskjaer ketika ini.

Bernard meletakkan Everton di hadapan, tetapi dua gol pantas daripada Bruno Fernandes mengubah suasana perlawanan sebelum tamat separuh masa pertama.

Everton berusaha mendapatkan jaringan penyamaan dalam separuh masa kedua, namun perlawanan diakhiri dalam masa kecederaan apabila Fernandes, melakukan lorongan buat Edinson Cavani meledak gol sulung bersama United.
 
MAGUIRE PIMPIN BARISAN PERTAHANAN UNITED

Ketika Fernandes memastikan jentera serangan United berkesan, kapten pasukan, Maguire mempamerkan aksi cemerlang di bahagian pertahanan, mengawal rapi pergerakan Dominic Calvert-Lewin.

Maguire dominan di udara ketika Everton -- yang turun tanpa Richarlison -- yang menggunakan seorang penyerang dalam perlawanan ini, dengan pertahanan England itu melakukan satu terjahan, satu pintasan dan tujuh kali mengeluarkan bola dalam zon bahaya, paling banyak dia berjaya lakukan dalam satu perlawanan liga musim ini.

Setelah permulaan yang sukar untuk musim untuk Maguire, itu adalah persembahan yang menggembirakan Solskjaer, yang berkata, "Saya fikir prestasi Harry adalah yang terbaik.

"Terhadap saya, salah satu yang terbaik di dunia ketika menyerang di udara -- Calvert-Lewin, dengan masanya di udara, lompatannya, lonjakkannya, penuh bersemangat.

"Saya fikir kami bertahan dengan baik terhadapnya. Benar-benar gembira dengan Harry serta pemain pertahanan yang lain.

"Scott dan Fred telah berjaya beraksi dengan cemerlang, mereka mempamerkan gandingan yang hebat," kata Solskjaer.

"Sudah tentu, mereka tidak bermain selama seminggu, Scott bermain 45 minit di Turki, tetapi anda dapat melihat mereka beraksi dengan penuh cergas.

"Kami mempunyai Bruno dan dia menjaringkan golnya, tetapi Scott dan Fred, dengan tenaga yang dimiliki, mereka menggerakkan enjin pasukan, mereka selalu menjadi kunci bagi kita supaya pemain kreatif kita dapat terus maju dan mencipta peluang, menunjukkan keajaiban mereka.

"Mereka sangat berdisiplin dan saya sangat gembira dengan mereka berdua."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen