Solskjaer harap Pogba kekal di Old Trafford

Oleh Ammar Hakim 9 Julai 2020 178
Solskjaer harap Pogba kekal di Old Trafford
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berharap pemain tengah, Paul Pogba, akan menandatangani kontrak baru di Old Trafford.

Masa depan Pogba mendominasi berita utama sepanjang musim -- pemain skuad kebangsaan Perancis yang memenangi Piala Dunia itu dilaporkan tidak senang di Manchester dan dikaitkan dengan bekas kelab Juventus dan Real Madrid.

Tetapi Pogba, yang telah menjalani kempen musim ini dengan beberapa siri kecederaan, kini dalam keadaan baik sejak kembali daripada masalah pergelangan kaki bulan lalu, menjalin kerjasama yang menarik dengan Bruno Fernandes di bahagian tengah.

Pogba memiliki kontrak bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sehingga 2021, dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak setahun lagi, dan Solskjaer ingin merundingkan perjanjian baru dengan pemain berusia 27 tahun itu setelah Nemanja Matic dan Scott McTominay menandatangani semula.



"Saya enggan mengenai perbincangan di antara kelab dengan pemain tetapi semestinya kami mahu mengekalkan pemain terbaik di sini," kata Solskjaer.

"Kami mahu membina skuad untuk masa depan dan Scott dan Nemanja berada dalam kedudukan yang sama tetapi di peringkat yang berbeza dalam karier masing-masing. Seorang pada permulaan dan seorang lagi pemain yang berpengalaman.

"Kami juga memerlukan pemain yang di pertengahan karier. Diharap sesuatu yang terhasil.

"Saya menyedari sejak kembalinya Pogba dalam skuad, dia kini bermain dengan lebih baik. Dia menikmati bola sepak dan kami akan lihat sejauh mana ia mampu membawa pasukan."

Pogba melakukan 3 bantuan jaringan dalam 11 penampilan dalam saingan EPL bersama United musim ini.

United menghuni tangga kelima EPL dan dibezakan satu mata dengan Leicester City jika mengatasi Villa awal pagi esok.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen