Dean Smith bergembira di sebalik kemenangan bersejarah Aston Villa yang mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Villa mengatasi Leicester City 1-0 hasil jaringan Ross Barkley dalam masa kecederaan untuk merakamkan kemenangan keempat dalam empat perlawanan saingan EPL semalam.

Skuad Villa kendalian Smith -- yang berjaya kekal daripada penyingkiran musim lalu -- kini telah memenangi empat perlawanan pertama musim ini buat pertama kali sejak musim 1930-31, menurut Opta.

"Saya bercakap kepada pemain-pemain pada permulaan musim bahawa kami akan cuba mencipta sejarah," kata Smith.


"Kami melakukannya pada musim pertama dengan memenangi 10 perlawanan dan kekal musim lalu. Ia adalah perkara yang penting untuk kami kekal rendah diri dan berpijak di bumi nyata.

"Ini merupakan keputusan yang penting bagi kami kerana saya seorang yang mengagumi Brendan Rodgers dan pasukannya. Saya berasakan mereka adalah antara empat pasukan terbaik liga.

"Hadir ke sini, tidak dibolosi dan bermain dengan baik sesuatu yang memuaskan."

Villa dan gergasi Serie A, Milan kini merupakan hanta pasukan dalam lima liga utama Eropah kekal dengna rekod 100 peratus ketika ini.