Smalling lengkapkan perpindahan secara tetap ke AS Roma

Oleh Muzaffar Musa 6 Oktober 2020 265
Smalling lengkapkan perpindahan secara tetap ke AS Roma
Chris Smalling melengkapkan perpindahan secara tetap ke AS Roma, demikian disahkan Manchester United.

Smalling mencuri tumpuan dalam musim pertamanya secara pinjaman di kelab Itali itu musim lalu, di mana dia beraksi sebanyak 37 kali dan menamatkan saingan liga di tangga kelima selain mara ke suku akhir Liga Europa.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai United daripada Fulham pada 2010 dan melakukan 323 penampilan dan menjaringkan 18 gol dalam kesemua kejohanan buat kelab itu.

Sepanjang bersama The Red Devils, dia memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pernah menjulang trofi Piala FA, Piala EFL dan Liga Europa.
 
Pemain yang pernah 31 kali mewakili England itu berpeluang untuk diturunkan buat kali pertama sebagai pemain tetap Roma apabila menantikan kunjungan Benevento dalam waktu rehat antarabangsa 18 Oktober ini.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen