Raheem Sterling menjelaskan kehadiran Bernardo Silva merupakan titik perubahan buat kariernya bersama Manchester City.

Pemain kebangsaan England itu telah mencetak 56 gol dan bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak dua musim lalu, berbanding 21 dalam musim pertamanya di Stadium Etihad.

Sterling, yang berpandangan peningkatan yang dipamerkannya adalah menerusi kehadiran Silva dari Monaco, mengakui kehadiran seorang lagi pemain sayap memaksa dirinya berusaha lebih keras.

"Kehadiran Silva menghadirkan kebimbangan buat saya. Dia telah memberikan persaingan kepada saya.

"Ia merupakan titik perubahan dalam karier saya dan ia adalah perkara yang positif.

"Ramai yang mula mempersoalkan kemampuan saya, ia telah mengganggu fikiran, lantas saya memberikan tumpuan kepada tugas yang perlu saya lakukan," katanya.

Sterling diundi sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak (FWA) 2018-19 dan diangkat sebagai Kesebelasan Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) bersama-sama Silva.

Di luar padang, pemain berusia 24 tahun itu turut dipuji dengan peranannya yang menyuarakan tentang perkauman serta mempersoalkan peranan media yang enggan mengambil bahagian untuk mencegah masalah itu.