Siapa tidak mahukan Messi dalam pasukan mereka? -- Garcia

Oleh Ammar Hakim 2 September 2020 3774
Siapa tidak mahukan Messi dalam pasukan mereka? -- Garcia
Eric Garcia berasakan perkara yang biasa buat Manchester City yang mahu menandatangani Lionel Messi selepas bintang Barcelona itu menghantarkan permintaan untuk berhijrah.

Messi mengejutkan dunia bola sepak minggu lalu selepas memberitahu Barca keinginannya untuk menggunakan klausa dalam kontraknya yang dipercayai membenarkan dirinya bebas secara percuma sebelum musim terakhir dalam persetujuan yang bakal tamat pada musim 2021-22.

Namun bagi Barcelona dan LaLiga menyatakan klausa perlepasan Messi yang bernilai EURO700 juta masih lagi kekal digunakan.

Pemain berusia 33 tahun itu tidak menghadiri ujian coronavirus bersama skuad Barca Ahad lalu atau latihan pertama bersama ketua jurulatih baru, Ronald Koeman pada Isnin, dengan perkembangan lanjut mengenai masa depan Messi bakal diketahui minggu ini.

Bercakap bekas akademi Barcelona yang meraih penampilan sulung bersama skuad Sepanyol menjelang pertemuan dengan Jerman esok, Garcia, cuba tidak terlalu tertarik dengan hal yang dibincangkan hangat ketika ini.

"Kami tidak membincangkan kedatangan Messi ke City tetapi semua mahu menyaksikan Messi dalam pasukan mereka," katanya.

"Mengenai isu melibatkan Messi, ia merupakan sesuatu di antara kelab yang tidak boleh saya bincangkan."
 

Garcia turut terlibat dalam spekulasi melibatkan Messi, selepas dia menolak tawaran lanjutan kontrak di Stadium Etihad musim lalu, hingga menimbulkan laporan bahawa Barcelona berminat untuk mendapatkan semula pemain berusia 19 tahun itu kembali ke Nou Camp.

Namun Garcia menegaskan, di sebalik keengganan untuk melanjutkan kontrak baru, dia melihat dirinya memiliki masa depan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Benar saya telah memberitahu kepada kelab bahawa tidak mahu melanjutkan kontrak, tetapi saya masih berbaki satu musim dan fokus untuk msuim ini, sejurus saya kembali daripada skuad kebangsaan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen