Shaw, Tuanzebe, Matic kembali sertai latihan United

Oleh Staff Writer 21 November 2019 457
Shaw, Tuanzebe, Matic kembali sertai latihan United
Manchester United akan diperkasakan dengan kepulangan tiga pemain, Luke Shaw, Axel Tuanzebe dan Nemanja Matic, yang sudah memulakan latihan penuh bersama pasukan itu.

United akan bertemu Sheffield United selepas waktu rehat antarabangsa hujung minggu ini dan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu sedang memburu dua kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak Mac lalu.

Kepulangan pemain pilihan utama di posisi pertahanan kiri, Shaw, akan memberikan kekuatan baru buat United selepas pemain kebangsaan England itu mengalami kecederaan paha Ogos lalu.

Tuanzebe adalah pemain yang dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Shaw, namun dia juga terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan pinggul yang dialaminya ketika sesi memanaskan badan sebelum berdepan Liverpool bulan lalu.

Ketika ini, pemain muda, Brandon Williams, cukup menyerlah di posisi yang ditinggalkan kedua-dua pemain itu.

United juga dapat kembali menggunakan khidmat Matic.

Pemain tengah itu tidak dapat diturunkan sejak bulan lalu, namun dia kini dapat menampung ketiadaan Scott McTominay yang sedang mengalami kecederaan buku lali.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen