Xherdan Shaqiri menjadi pemain Liverpool ketiga diuji positif coronavirus sejak seminggu yang lalu.

Penyerang itu, yang kekal di Anfield di sebalik telah dikaitkan dengan Sevilla dan Lazio menjelang hari terakhir jendela perpindahan, dijangka akan kembali bersama skuad Switzerland Isnin lalu.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Switzerland semalam mendedahkan Shaqiri disahkan positif COVID-19 dan dia sekarang akan menjalani masa pengasingan diri.

"Xherdan Shaqiri telah diuji positif Covid-19. Setelah berunding dengan pihak kesihatan, dia kini telah menjalani kuarantin," menurut kenyataan yang dikeluarkan.

"Langkah dan syarat perlindungan yang ketat dari UEFA untuk pasukan kebangsaan sesuai dengan 'UEFA Return to Play Protocol' telah dipatuhi sejak langkah tersebut bermula.

"Berdasarkan perkara tersebut, penjelasan sedang dijalankan dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan mengenai cara untuk meneruskannya."

Shaqiri terlepas aksi persahabatan Switzerland berdepan Croatia dan aksi Liga Negara-Negara berdepan Sepanyol dan Jerman.

Dia telah pemain Liverpool ketiga diuji positif virus tersebut sejak minggu lalu, dengan Thiago Alcantara -- yang tiba dari Bayern Munich -- mengesahkan dia positif COVID-19 minggu lalu.

Ia kemudian didedahkan Sadio Mane turut diuji positif Jumaat lalu, menyaksikan Liverpool tewas 7-2 kepada Aston Villa pada Ahad.

Ketiga-tiga pemain mungkin akan bertemu Everton 17 Oktober ini, namun protokol menghendaki mereka yang positif Covid perlu menjalani tempoh kuarantin 10 hari.