Semangat, disiplin kunci kebangkitan West Ham

Oleh Penulis Jemputan 25 November 2017 538
Semangat, disiplin kunci kebangkitan West Ham
Joe Hart percaya semangat dan disiplin menjadi kunci West Ham bangkit untuk seri 1-1 dengan Leicester City di laman sendiri, semalam.

Marc Albrighton menembusi penjaga gol England itu dalam tempoh lapan minit perlawanan berlangsung tetapi The Hammers memastikan mereka meraih satu mata selepas Chiekhou Kouyate menanduk masuk gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama.

West Ham memiliki kelebihan dalam pertembungan fizikal itu tetapi mereka gagal meraih tiga mata dan keluar daripada zon penyingkiran di Stadium London.

Hart menyifatkan semangat pemain-pemain untuk mencipta kebangkitan merupakan kunci mereka berjaya meraih satu mata dalam perlawanan ini.

"Pengurus (David Moyes) bertanyakan mengenai kualiti, beliau mahukan jaringan gol tetapi kami perlu berjuang, berada pada tahap terbaik dan memiliki disiplin yang tinggi," kata Hart.

"Di Watford, kami tewas 2-0 tetapi terlepas banyak peluang. Dalam perlawanan ini, penyokong-penyokong kekal bersama kami dan pasukan telah memberikan persembahan terbaik.

"Ini adalah permulaan buat kami. Stadium London bukan venue yang terbaik buat kami. West Ham akan berusaha meraih keputusan yang baik dalam perlawanan akan datang," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen