Scholes dakwa Martial telah mengaburi mata ramai

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Oktober 2020 5074
 Scholes dakwa Martial telah mengaburi mata ramai
Paul Scholes bertukar nadanya terhadap Anthony Martial dengan melabel penyerang Manchester United itu telah "mengabui mata" penyokong atas kehebatannya menjaringkan gol.

Martial menikmati musim terbaiknya pada 2019-20 dengan mengetepikan masalah kecederaan awalnya dengan meledak 23 gol dalam 48 penampilan.

Pemain antarabangsa Perancis itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik musim lalu selepas membalas kepercayaan yang diberikan pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer, ketika menerajui jentera serangan bagi membantu Manchester United menduduki tangga Liga Perdana Inggeris (EPL) selain tiga kemaraan ke separuh akhir.

Ogos lalu, Scholes mengatakan Martial akhirnya berjaya meyakinkannya bahawa dia mampu mengemudi serangan tengah dengan memberitahu BT Sport: "Saya fikir, 'Adakah dia seperti pemain nombor sembilan atau apakah dia pemain sayap?'

"Dia akhirnya mengubah dirinya sebagai pemain nombor sembilan dalam setiap perlawanan yang saya tonton, semakin lama ia menjadi sangat menarik untuk disaksikan. Apabila dia menghampiri pemain lawan dan meluru ke arah mereka, saya rasa dia tidak dapat dikekang."

Namun, berikutan Martial kemarau gol atau menjaringkan gol sepanjang musim ini, bekas bintang United itu berasakan "hampir tertipu" dengan persembahan penyerang tersebut pada masa lampau.


 

"Penyerang ini seorang pemain yang sangat berbakat. Kita semua tahu," katanya kepada Stadium Astro. 

"Masalah dengan penyerang United, tiada seorang pun daripada mereka adalah penyerang tengah yang sejati.

"Martial hampir membuat kita berfikir bahawa dia adalah salah seorang pilihan terbaik pada akhir musim lalu memandang dia menyumbat begitu banyak gol dan cukup bagus.

"Dia memulakan musim ini dengan cukup buruk hingga membuat saya berpikir bahawa dia sebenarnya tidak bagus. Mata (kita) telah dikaburinya. Itulah sebabnya saya terus mengatakan kami memerlukan pemain nombor sembilan handalan."

Sejak komen positif Scholes dua bulan lalu, Martial hanya beraksi selama 207 minit dalam saingan liga. 

Walaupun gagal mencetak sebarang gol, dia juga gagal memanfaatkan peluang apabila hanya membuat dua percubaan, sekali gus menambahkan lagi masalah buat United.

Pasukan kendalian Solskjaer itu tumbang di Crystal Palace pada hari pembukaan liga dan mengharapkan tuah dalam aksi di Brighton & Hove Albion disusuli dibelasah 1-6 oleh Tottenham di tempat sendiri.

Martial diperintah keluar dalam perlawanan itu yang bermanka dia akan terlepas untuk kunjungan ke Newcastle United, awal pagi Ahad ini. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen