Pep Guardiola mendakwa dia tidak pernah melihat pemain seperti David Silva berikutan prestasi pemain tengah itu ketika Manchester City menang 5-0 ke atas Newcastle United.

Silva melakukan bantuan jaringan buat Gabriel Jesus dan Raheem Sterling dan sebelum menyempurnakan sepakan percuma yang City mudah merakamkan kemenangan ke atas skuad kendalian Steve Bruce dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Perancang skuad kebangsaan Sepanyol itu kini mempunyai 121 bantuan jaringan dalam kariernya di City dan telah merekodkan 10 dalam semua pertandingan dalam setiap 10 musimnya bersama The Citizens.



Silva hanya memiliki dua perlawanan liga di laman sendiri sebelum meninggalkan City pada akhir musim, dengan perpisahannya dibantutkan disebabkan tiada penyokong yang dapat menghadiri perlawanan di stadium kerana wabak koronavirus.

Pengurus City, Guardiola, masih mengharapkan stadium penuh ketika aksi meraikan Silva kerana dia percaya pemain berusia 34 tahun itu adalah pemain yang luar biasa.

"Tahap yang dimilikinya menurut saya adalah yang terbaik musim ini," kata Guardiola kepada BT Sport. "Dia bermain dengan sangat baik. Walaupun tanpa peminat di sini, dia kembali akan kembali menghadiri perlawanan perpisahan.

"Dia legenda yang luar biasa. Seorang pemain yang sentiasa mahu bersaing. Saya tidak pernah melihat pemain seperti Silva."
Kemenangan luar biasa City itu muncul setelah kekalahan mengejutkan 1-0 kepada Southampton, kesembilan mereka dalam liga musim ini.

Guardiola gembira dengan pasukannya yang lebih klinikal dan berasakan mereka mencipta peluang yang lebih baik dalam kekalahan di St Mary's Stadium, dengan fokus utamanya sekarang aksi separuh akhir Piala FA berdepan Arsenal dan perlawanan kedua Liga Juara-Juara (UCL) pusingan 16 menentang Real Madrid bulan depan.

"Kami bermain bagus, tahap yang sama seperti perlawanan sebelum ini," katanya. "Ia adalah prestasi yang baik dan hari ini kami menjaringkan gol -- sesuatu yang kami gagal melakukan sebelum ini.

"Kami menciptakan lebih banyak peluang berbanding aksi berdepan Southampton. Kami sedang membuat persiapan berdepan Arsenal dan Real.

"Semua pemain mahu bermain. Saya cuba membiarkan mereka bermain sebanyak mungkin sepanjang masa. Mereka layak mendapatkannya. Saya tidak hanya mahu memilih 11 pemain. Kami cuba meyakinkan mereka bahawa kita semua akan mencapai apa yang disasarkan musim ini."