Saya tidak minta City beli Messi -- Guardiola

Oleh Penulis Jemputan 3 November 2018 3044
Saya tidak minta City beli Messi -- Guardiola
Pep Guardiola sekali lagi menolak cadangan Manchester City telah cuba untuk membeli Lionel Messi daripada Barcelona.

Messi meluangkan seluruh kariernya di Nou Camp dan memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan tiga takhta LaLiga di bawah bimbingan Guardiola.

Media Sepanyol melaporkan City bersedia membayar klausa perpindahan Messi bernilai EUR250 juta (RM1.1 bilion) serta kontrak selama lima tahun dengan nilai yang sama untuk membawa bintang Argentina itu ke England.

Guardiola, bagaimanapun, menolak cadangan tersebut dan menafikan cubaan untuk membeli Messi, yang kini diketepikan selepas mengalami kecederaan patah tangan.

"Berulang kali telah saya katakan, apabila saya meninggalkan Barca dan berhijrah ke Bayern Munich dan kini bersama City, saya tidak pernah meminta Messi datang ke sini atau Bayern," kata Guardiola.

"Saya tidak pernah memberitahu kelab mengenai pemain ini. Saya mengetahui betapa pentingnya Messi untuk Barcelona.

"Saya sendiri telah bercakap dengan kelab. Saya tidak pernah melakukan langkah yang pertama. Saya telah mengatakannya beribu kali."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen