Saya tidak akan ke mana-mana -- Guardiola

Oleh Staff Writer 18 Mei 2019 2107
Saya tidak akan ke mana-mana -- Guardiola
Pep Guardiola sekali lagi menegaskan tidak berminat untuk meninggalkan Manchester City bagi memimpin Juventus.

Pengendali berusia 48 tahun itu dilihat sebagai pilihan utama untuk mengambil alih Juve -- kedudukan yang akan ditinggalkan Massimiliano Allegri selepas berakhirnya musim ini.

Guardiola menandatangani kontrak lanjutan bersama City tahun lalu yang berbaki dua musim lagi dan tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan Stadium Etihad ketika ini.

"Berapa kali perlu saya beritahu? Saya tidak akan sertai Juventus, saya tidak akan berhijrah ke Itali," kata Guardiola.

"Saya gembira di sini dan tidak akan ke mana-mana. Musim depan, saya akan memimpin Man City."

City mampu menjadi kelab Inggeris pertama untuk menyapu bersih saingan domestik dalam satu musim jika menjulang Piala FA selepas memenangi Piala EFL dan Liga Perdana Inggeris.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen