Saya sangat gembira, Lascelles lanjut kontrak sehingga 2023

Oleh Penulis Jemputan 7 Oktober 2017 36
Saya sangat gembira, Lascelles lanjut kontrak sehingga 2023
Kapten Newcastle United, Jamaal Lascelles, menerima habuan selepas mempamerkan persembahan cemerlang bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan
kontrak baru selama enam tahun.


Lascelles, yang menandatangani kontrak baru semalam yang memastikan dia akan terus beraksi di St James' Park sehingga 2023, menjaringkan dua gol kemenangan ke atas Swansea City dan Stoke City.

Pertahanan berusia 23 tahun itu, yang menyertai The Magpies pada 2014 dari Nottingham Forest, mempamerkan aksi menyerlah ketika dipinjamkan kepada Newcastle sebelum berpindah secara tetap.

Rafael Benitez memilihnya sebagai kapten pada permulaan musim lalu, di mana  Newcastle meraih tempat untuk beraksi dalam EPL musim ini.

"Saya sangat gembira," kata Lascelles.

"Sejak menyertai Newcastle, saya sangat gembira; saya sangat menggemari bandar ini, bola sepak dan penyokong.

"Segala-gala mengenainya, saya menikmatinya dan saya sangat gembira kerana dapat melanjutkan kontrak selama enam tahun di sini.

"Kami memiliki ramai pemain yang memiliki keazamaan untuk cemerlang dalam EPL, penyokong dan pengurus yang mempercayai kebolehan pemain-pemainnya, jadi saya sangat gembira berada bersama pasukan dan akan berusaha untuk membawa kelab ini ke aras yang lebih tinggi," katanya.

Benitez turut berpuas hati dengan perkembangan Lascelles sejak beliau mengambil alih pasukan ini tahun lalu.

"Sejurus saya mengambil keputusan untuk menamakan Lascelles sebagai kapten, dia mula menyerlah dan mencabar dirinya dan telah berkembang menjadi seorang pemain yang cemerlang," kata Benitez.

"Dia telah membuktikan kepada dirinya bahawa dia mampu menjadi seorang ketua dan contoh kepada pemain-pemain lain.

"Dia turut mempertingkatkan mutu permainannya, bertindak dengan cemerlang kepada nasihat dan panduan yang telah diberikan dalam setiap perlawanan," katanya.

Lascelles beraksi dalam kesemua perlawanan Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, dengan skuad bimbingan Benitez akan bertandang ke Southampton selepas tamat saingan perlawanan antarabangsa.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen