Bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown, menyesal Zlatan Ibrahimovic tidak menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu pada tahun 2000.

Ibrahimovic, yang kini bersama Manchester United, telah menerima tawaran ujian daripada Arsene Wenger tetapi telah menolaknya.

Keown, yang beraksi bersama pasukan yang memenangi tiga kejuaraan liga, meratapi kegagalan kelab untuk memancing penyerang itu ke Arsenal.

"Saya menyesal Zlatan Ibrahimovic tidak menyertai Arsenal," kata Keown.

"Dia melawat kelab ini pada tahun 2000 dan memiliki susuk tubuh yang tegap. Saya dan rakan sepasukan berseloroh bahawa dia tiba untuk menggantikan tempat saya sebagai pemain pertahanan.

"Ibrahimovic merupakan tunjang kepada mana-mana pasukan yang disertainya. Kini dia membantu meningkatkan semula Manchester United, dia memiliki persamaan seperti Cantona.

Penyerang tersebut telah membantu United meraih Piala EFL dengan menjaringkan dua gol -- menjadikan jumlah golnya kepada 26 gol dalam 38 perlawanan.

"Saya telah mengawasi Cantona ketika beraksi untuk England berdepan Perancis serta untuk Everton ketika dia beraksi di Leeds.

"Walaupun Cantona seorang pemain yang bijak, saya dapat berasakan dia tidak pernah melepasi saya. Saya mampu mengawalnya.

"Berdepan Ibrahimovic, dia lebih besar dan seorang pemain yang kuat.

"Cantona membuka pintu untuk kejayaan United ketika bersama kelab itu selama lima musim. Dia akan sentiasa dilihat sebagai 'The King', tetapi Ibrahimovic membantu United mendapatkan semula reputasi dan menjadikan mereka hebat semula."