Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, berkata bertukar pendapat bersama pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, membantunya menyedari bahawa beliau sudah berada di kemuncak selepas berhijrah dari Itali ke England.

Sarri masih belum tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 12 perlawanan sejak mengambil alih Chelsea.

Chelsea bertemu Liverpool pada September lalu dan Sarri menjelaskan perbualan dengan Klopp membuatkan dirinya menyedari sesuatu.

"Ketika perlawanan tersebut, saya menoleh kepada Klopp dan melihat beliau sedang tersenyum.

"Saya mendekatinya dan bertanyakan kepadanya.

"Klopp memberitahu saya, "Saya sedang menikmati saat ini, anda? Kemudian saya membalas, 'Saya juga menikmati saat ini.'

"Mengendalikan saingan EPL membuatkan saya tersedar bahawa saya sudah berada di tahap terbaik."