Bintang Manchester City, Leroy Sane, enggan menjawab soalan mengenai spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan Bayern Munich sewaktu mewakili Jerman dan dia memberikan respons misteri mengenai masa depannya.

Sane menjaringkan gol penutup ketika Jerman membelasah Estonia 8-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di Mainz, awal pagi tadi.

Pemain sayap itu kerap kali tidak mendapat tumpuan di peringkat kelab dengan juara Liga Perdana Inggeris itu.

Walaupun menjaringkan 10 gol sepanjang musim 2018-19, dia hanya diletakkan dalam kesebelasan utama sebanyak 21 kali, kurang enam penampilan utama berbanding musim sebelumnya.

Sane merupakan sasaran utama Bayern, yang sedang membina semula pasukan selepas pemergian dua pemain sayap veteran, Franck Ribery dan Arjen Robben.

Ketika ditanya mengenai spekulasi itu, dia memberitahu wartawan: "Saya akan pergi bercuti dan semua perkara lain akan dilihat kemudian.

"Ia termasuk soalan mengenai Bayern Munich," ujarnya.

Sane, 23, menyertai City pada 2016 dengan perpindahan yang dilaporkan bernilai £37 juta (RM195.9 juta) daripada pasukan Bundesliga, Schalke.