Pemain Manchester United, Alexis Sanchez, dijangka terlepas peluang untuk membarisi pasukannya menentang bekas majikan, Arsenal, minggu depan selepas mengalami keceederaan paha ketika sesi latihan, semalam.

Sanchez dilihat bergelut bersama United musim ini, dengan hanya meraih lima peluang dalam kesebelasan utama hasil daripada 10 penampilan dan menyumbat satu gol.

Pemain Chile itu dimasukkan dalam babak kedua ketika United terikat 0-0 menentang Crystal Palace di Old Trafford.

Namun, dia mungkin tidak beraksi dalam pertemuan dengan Southampton esok dan dijangka terpaksa direhatkan ketika bertemu Arsenal, Rabu depan.

"Dalam sesi latihan hari ini, Sanchez mengalami kecederaan paha yang memerlukan kajian untuk mengenal pasti tahap serius masalah itu," kata wakil United.

Kecederaan itu adalah masalah terbaru dihadapi Sancez musim ini setelah direhatkan sebelum ini akibat kekejangan otot ketika permulaan kempen 2018/19 sebelum berdepan masalah paha bulan lalu.

Laporan mengatakan bahawa Sanchez mungkin akan direhatkan sehingga bulan depan, sekali gus bakal terlepas aksi menentang Liverpool serta aksi terakhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Valencia.