Salah yakin Liverpool dalam landasan kemenangan 

Oleh Penulis Jemputan 19 Oktober 2017 648
Salah yakin Liverpool dalam landasan kemenangan 
Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, menyeru rakan sepasukannya untuk mencontohi prestasi Liga Juara-Juara (UCL) mereka apabila kembali fokus kepada aksi domestik menentang Tottenham Hotspur, Ahad ini.

The Reds mencatat kemenangan terbesar mereka dalam perlawanan Eropah ketika mereka membelasah Maribor 7-0 di Slovenia semalam, dengan Salah menjaringkan dua gol pada babak pertama.

Kemenangan itu berakhir dengan Liverpool cukup berbisa di depan pintu gol lawan selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Manchester United dan hanya menyumbat satu gol, masing-masing dalam kunjungan ke Newcastle United dan Spartak Moscow.

Salah memberitahu BT Sport: "Kami mempunyai nasib buruk. Dalam tiga atau empat perlawanan terakhir, kami terlepas banyak peluang.

"Jika anda melihat permainan kami, anda tahu kami mencipta banyak peluang dan kami mengalami nasib buruk.

"Ketika ini, saya fikir semua orang yakin bahawa keputusan yang baik akan tiba, kami kini dalam kedudukan yang baik dan saya pasti dalam perlawanan seterusnya, ia akan tetap sama."

Penyerang berusia 25 tahun itu, yang telah mengumpul lapan gol peribadi dalam semua pertandingan sejak menyertai Liverpool, Jun lalu, berkata: "Saya sangat gembira mengenainya tetapi tujuh atau lapan gol tidak mengubah apa-apa.

"Perkara paling penting bagi kami ialah menumpukan perhatian kepada peningkatan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL)."

Selepas menjaringkan gol keenam ketika membenam Maribor dan yang pertama sejak tiba dari Arsenal, pemain gantian, Alex Oxlade-Chamberlain, memberitahu The Guardian bahawa wujud mentaliti positif di kelab itu di sebalik permulaan sukar musim ini yang menyebabkan mereka di kedudukan kelapan EPL.

Bekas pemain sayap Arsenal itu belum memulakan permainan liga, lalu dia berkata: "Kami berada di bahagian penting musim ini dan kami ingin beralih ke permulaan yang baik dan meraih beberapa keputusan seperti yang diharapkan. 

"Semua orang berjuang untuk merebut tempat mereka dan saya bersedia ketika saya mendapat peluang. Saya perlu terus meningkat dan belajar corak permainan baru di sini selain membiasakan diri. Sebaik saya mendapat peluang, saya akan cuba melaksanakannya sebaik mungkin."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen