Bintang Liverpool, Mohamed Salah, telah diuji positif coronavirus, perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Mesir (EFA).

Salah bersama Mesir bagi aksi antarabangsa namun, menjelang dua aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika berdepan Togo, EFA mengesahkan mereka bakal tanpa khidmat pemain utama pasukan.

EFA mendedahkan semalam bahawa Salah, yang meledak 10 gol dalam semua pertandingan setakat ini bersama Liverpool, telah diuji positif COVID-19.

Walaupun pemain berusia 28 tahun itu tidak bergejala, Salah perlu mengasingkan diri selama 14 hari dari tarikh ujian, bererti dia pasti akan tetrlepas aksi bersama The Reds berdepan Leicester City 21 November ini, sementara turut tidak akan terlibat dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Atalanta empat hari kemudian.