Mohamed Salah kembali ke Liverpool untuk menjalani rawatan terhadap kecederaan otot yang dialami ketika membantu Mesir meraih kemenangan 4-1 ke atas Swaziland, Jumaat lalu.

Salah, yang menjaringkan gol menerusi sepakan sudut dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika itu, dipaksa meninggalkan padang ekoran kecederaan paha.

Bercakap selepas perlawanan, pembantu jurulatih, Hany Ramzy, memberitahu, "Penilaian pertama mengesahkan Salah mengalami ketegangan otot dan tiada kecederaan serius."

Mesir mengesahkan Salah telah kembali ke Liverpool dan tidak mengambil bahagian untuk aksi timbal balik berdepan Swaziland.