Salah kejar Kasut Emas EPL -- Klopp

Oleh Ammar Hakim 9 Julai 2020 2696
Salah kejar Kasut Emas EPL -- Klopp
Mohamed Salah memiliki motivasi tinggi untuk memenangi Kasut Emas Liga Perdana sekali lagi, menurut pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Salah meledak dua gol ketika membantu Liverpool mengatasi Brighton and Hove Albion 3-1 awal pagi tadi, menyaksikan juara musim 2019-20 itu mengumpul 92 mata.

Penyerang itu telah memenangi Kasut Emas sejak dua musim yang lalu, berkongsi dengan Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang pada musim terdahulu.

Klopp berkata anugerah itu menjadi motivasi buat pemain kebangsaan Mesir itu, yang meledak 19 gol liga musim ini, di belakang bintang Leicester City, Jamie Vardy (22) dan penyerang Arsenal, Aubameyang (20).

"Dia seorang penyerang, bagaimana untuk memotivasikan dia? Senang sekali," kata Klopp.

"Dua telah menang Kasut Emas sejak dua musim yang lalu, berkongsi dengan Mane dan Auba musim lalu.

"Perkara paling penting adalah anda aka menjaringkan gol bagi membuktikan anda berada di tahap terbaik."
  Salah menjadi pemain keempat Liverpool terlibat dalam 100 goal dalam saingan EPL, dengan 73 gol dan 27 bantuan jaringan dalam 104 penampilan.

Dia telah meledak 94 gol buat Liverpool, dan bersama-sama Mane (79) dan Roberto Firmino (77), trio itu menjaringkan 250 gol untuk kelab dalam semua pertandingan.

Burnley bakal menjadi lawan Liverpool di Anfield Sabtu ini.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen