Salah bukan satu-satunya ancaman daripada Liverpool -- Conte

Oleh Penulis Jemputan 25 November 2017 987
Salah bukan satu-satunya ancaman daripada Liverpool -- Conte
Antonio Conte menyedari Chelsea kini terlalu memberikan fokus kepada Mohamed Salah, sebaliknya menganggap pemain-pemain Liverpool yang lain mampu menghadirkan ancaman buat The Blues.

Chelsea berkunjung ke Anfield, hari ini dan akan berdepan Salah yang berada pada tahap terbaik, dengan pemain kebangsaan Mesir itu telah meledak 14 gol dalam semua pertandingan sejak berhijrah dari Roma.

Salah sebelum ini merupakan pemain yang beraksi di Stamford Bridge sebelum berpindah ke Itali pada 2016 tetapi Conte menyifatkan dia hanya antara pemain yang berkualiti buat The Reds.

"Saya amat mengenalinya, dia telah lama beraksi di Itali," kata Conte. "Dia salah seorang pemain berkualiti, seorang pemain yang berbisa.

"Dia memiliki teknik yang baik, pantas, dan sangat kuat. Dia mampu memintas pertahanan lawan dan menjaringkan gol.

"Tetapi Liverpool bukan hanya bergantung kepada Salah, mereka masih memiliki Sadio Mane, Philippe Coutinho, Roberto Firmino, Daniel Sturridge. Liverpool adalah sebuah pasukan yang berpotensi besar," katanya lagi

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen