Saka berjaya tarik perhatian Guardiola

Oleh Ammar Hakim 22 Februari 2021 5466
Saka berjaya tarik perhatian Guardiola
Bukayo Saka merupakan salah seorang pemain Arsenal yang membuatkan Manchester City bergelut ketika menang 1-0 di Stadium Emirates, menurut Pep Guardiola.

Jaringan minit kedua Raheem Sterling cukup untuk City melanjutkan rekod kemenangan dalam semua pertandingan kepada 18 perlawanan dan kembali mendahului 10 mata di puncak liga.

Skuad kendalian Guardiola berada di petak untuk memenangi perlawanan, tetapi ancaman Saka daripada sayap kiri hampir membangkitkan semula Arsenal dalam perlawanan tersebut.

Pemain berusia 19 tahun itu melengkapkan tiga gerakan, sementara melakukan tiga percubaan berbanding rakan sepasukannya.

"Semua pasukan bergelut ketika Arsenal mengawal permainan," kata Guardiola.

"Dengan [Martin] Odegaard dan terutama sekali dengan Saka mereka adalah lawan yang sukar untuk dihadapi. Mereka memiliki skuad yang sangat muda, pemain berbakat dan melihat masa depan yang cerah buat Arsenal.

"Jika mereka dapat beberapa pemain dalam beberapa posisi, mereka akan melonjak ke hadapan. Mereka adalah pasukan yang membuat lawan bergelut ketika berdepan mereka."
 

Mungkin tidak ada pemain City yang lebih mahir dalam menangani penderitaan yang dikenal pasti oleh pengurus mereka daripada pemain tengah veteran, Fernandinho.

Pemain berusia 35 tahun itu turun dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak penghujung Januari dan berjaya memperoleh bola sembilan kali -- lebih berbanding mana-mana pemain City.

"Dia telah bermain dengan cemerlang, melakukan tugas yang terbaik ketika mengawal bola atau sebaliknya.

"Rodri turut beraksi cemerlang tetapi dia memerlukan rehat. 

"Saya akan sentiasa mengingati dirinya. Kami telah bersama sejak saya tiba di ini dan kehadirannya sangat penting."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen