CHELSEA 5 STOKE CITY 0

Chelsea tidak berputus asa untuk mengejar Manchester City bagi mengekalkan mahkota Liga Perdana Inggeris, menurut Danny Drinkwater.


Skuad Antonio Conte itu naik ke tempat kedua dalam liga selepas melakar kemenangan 5-0 ke atas Stoke City di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Tuan rumah mendahului 3-0 pada pertengahan babak pertama, hasil jaringan Antonio Rudiger, Pedro dan Drinkwater ketika Stoke ditenggelamkan dengan mudah.

Willian dan Davide Zappacosta melengkapkan kemenangan untuk Chelsea mengatasi Manchester United dan berada 13 mata di belakang pendahulu, City -- yang menghadapi Crystal Palace pada malam ini.

"Kami sedang berusaha baik. Lebih banyak kemenangan berturut-turut kami ambil, lebih baik untuk kami," kata Drinkwater kepada BBC.

"Kami berjaya mengendalikan perlawanan ini dengan baik. Kami bermula dengan baik. Kami boleh mengambil keyakinan daripada kemenangan ini untuk menentang Arsenal -- tetapi ia adalah perlawanan yang sangat berbeza.

"Ia (saingan gelaran) belum berakhir sehinggalah ia berakhir. Jadi, kami perlu terus menang," katanya.

Rembatan Drinkwater dari sudut adalah jaringan pertamanya untuk Chelsea sejak berhijrah dari Leicester City, dan dia gembira dengan penyudah itu.

Dia menambah: "Saya gembira dengan gol saya, ia satu perasaan yang baik dapat menjaringkan gol."