Saingan EPL ditunda hingga April

Oleh Ammar Hakim 13 Mac 2020 444
Saingan EPL ditunda hingga April
Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditunda sehingga 3 April ekoran penularan wabak COVID-19.

Ia telah disahkan selepas pertemuan di antara pegawai saingan liga dan wakil kelab, sebentar tadi.


Disegerakkan antara EPL dan EFL, penangguhan saingan dilakukan selepas ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta dan bintang muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi, disahkan positif COVID-19.


Saingan bola sepak Jerman pula telah bercadang untuk menunda aksi Bundesliga dan 2. Bundesliga bermula 17 Mac sehingga 2 April.

Penularan wabak ini telah merencatkan kalendar bola sepak dan sukan dunia.

Aksi Bundesliga dan 2. Bundesliga minggu ini, termasuk kunjungan Bayern Munich ke Hertha Berlin esok, akan diteruskan tanpa kehadiran penonton dalam stadium.

Badan bolasepak Eropah, UEFA telah mengambil keputusan untuk menangguh semua perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Europa (UEL).

Badan induk itu akan membuat satu persidangan video Selasa ini untuk membincangkan saingan peringkat kelab serta kemungkinan Euro 2020 yang bakal diteruskan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen