Saingan EPL dijangka bersambung tiga minggu lagi

Oleh Ammar Hakim 28 Mei 2020 133
Saingan EPL dijangka bersambung tiga minggu lagi
Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah bersetuju untuk memulakan musim ini dalam tempoh tiga minggu lagi rancangan Projek Memulakan Semula mereka.

Menurut laporan Daily Mail, perlawanan yang dijadualkan semula antara Manchester City dan Arsenal bakal berlangsung 17 Jun ini.

EPL telah berusaha keras merancang untuk untuk mengembalikan musim ini setelah ditangguh sejak awal bulan Mac ekoran penularan coronavirus.

Dan kini ia dianggap sebagai satu kejayaan besar yang dibuat dengan Liga Perdana yang bakal kembali pada pertengahan bulan hadapan.

Bagaimanapun, tarikh 20 Jun menyaksikan barisan pengendali EPL hanya memiliki tempoh selama tiga minggu untuk membuat persiapan pasukan masing-masing sebelum kembali bersaing secara kompetitif.

Kelab-kelab Inggeris telah mula menjalani latihan kumpulan kecil sejak minggu lalu, mengikut protokol yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan UK mengenai penjarakan sosial.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen