Saha kecam kritikan Pogba terhadap Mourinho

Oleh Penulis Jemputan 10 Oktober 2018 687
Saha kecam kritikan Pogba terhadap Mourinho
Louis Saha percaya Paul Pogba sengaja ingin menjatuhkan Jose Mourinho melalui kritikan secara terbuka terhadap pengurus Manchester United itu.

Mourinho berada dalam tekanan susulan prestasi buruk pasukannya tetapi dia menyaksikan anak buahnya bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Newcastle United 3-2 di Old Trafford, Sabtu lalu.

Perbalahan di antara Pogba dan Mourinho sentiasa menjadi perhatian di sebalik prestasi buruk United tatkala pemain tengah Perancis itu berpendapat pasukannya harus terus menyerang dalam setiap perlawanan.

Namun, bekas pemain United, Saha, percaya Pogba sepatutnya memastikan pendapatnya itu hanya untuk diri sendiri.

"Saya rasa dia melakukannya dengan niat dan saya tidak fikir itu sesuatu yang betul," kata Saha.

"Ia adalah satu komunikasi yang salah kerana memberikan tekanan kepada pengurus. Sepatutnya perkara itu dilakukan di dalam bilik persalinan dengan pengurus anda.

"Anda sedar orang ramai akan mempersoalkannya, jadi ia tidak perlu dilakukan. Ini pendapat saya dan saya akan memberitahunya.

"Saya akan berkata kepada Pogba, 'tidak, tiada apa perlu diperkatakan kerana anda bukan seorang pengurus'."

Saha juga menambah: "Kadangkala saya melihat ego yang terlalu bear. Sebagai peminat, saya rasa ia mengganggu. Ya, saya fikir terdapat beberapa perkara yang tidak perlu dilakukan oleh pemain.

"Perkara sebegitu akan membawa kepada sesuatu yang tidak betul dan anda akan melihat harapan untuk perkara ini diperbetulkan."

United akan berdepan pendahulu bersama, Chelsea, dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas saingan antarabangsa.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen