Sabitzer cadang Arnautovic ke Manchester United 

Oleh Penulis Jemputan 13 Disember 2018 1037
Sabitzer cadang Arnautovic ke Manchester United 
Marko Arnautovic mampu memainkan peranan penting di Manchester United sekiranya dia berhijrah dari West Ham, menurut rakan sepasukan dalam kem Austria, Marcel Sabitzer.

Jose Mourinho dikatakan berminat untuk membawa Arnautovic ke Old Trafford, mungkin pada awal bulan depan dalam usaha meningkatkan pilihannya di jentera serangan.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatangani kontrak dengan West Ham pada 2017 daripada Stoke City, namun bulan lalu, ejennya berkata pemain itu layak bersaing dalam Liga Juara-Juara (UCL). 

Pemain RB Leipzig, Sabrier, menganggap rakan sepasukannya itu sudah bersedia untuk berpindah ke United selepas menunjukkan "kelas sebenar" dalam beberapa musim kebelakangan ini. 

"Marko merupakan seorang yang hebat," kata Sabitzer kepada Omnisport. 

"Saya rapat dengannya dan beraksi di sampingnya dalam skuad kebangsaan, kami berkawan baik dan sesekali bercuti bersama. Saya menyukainya dan saya fikir dia juga mempunyai pandangan yang sama. 

"Semua orang boleh menyaksikan sendiri bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang atlet yang hebat. 

"Dia tidak mempunyai kematangan dan tuah di Jerman, saya fikir dia sedar tentang itu. Bagaimanapun, persembahannya di England dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah membuktikan kelasnya yang sebenar dan saya dapat melihatnya daripada segi pasukan kebangsaan.

"Itulah sebabnya saya percaya dia boleh membuat satu lagi langkah ke hadapan dan memainkan peranan utama di sana (di Manchester United), saya mendoakannya."

Arnautovic, yang diketepikan ekoran kecederaan hamstring dan dijangka akan pulih bulan depan, telah merakamkan lima gol dalam 13 penampilan Liga Perdana musim ini.

Dia pernah bekerjasama dengan Mourinho di Inter dalam semusim pinjaman pada 2009-10, namun hanya membuat tiga kali penampilan dalam Serie A.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen