Rooney bakal cipta sejarah -- Jones

Oleh Joe Wright 26 November 2016 1
Rooney bakal cipta sejarah -- Jones

Pertahanan Manchester United, Phil Jones, memberikan sokongan kepada kapten pasukan, Wayne Rooney, akan mencipta sejarah buat kelab itu ketika bertemu West Ham pada Ahad.

Rooney menjadi penjaring terbanyak kelab di pentas kejohanan Eropah selepas meledak gol ke-39 ketika menewaskan Feyenoord 4-0 di Old Trafford dalam saingan Liga Europa.

Rooney melengkapkan persembahan terbaiknya musim ini dengan bantuan jaringan buat Juan Mata untuk membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak permulaan musim.

Jones gembira menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu dengan pencapaian baru bersama United dan mahu Rooney menyamakan jaringan gol terbanyak pasukan yang dilakukan oleh Bobby Charlton (249 gol) ketika bertemu West Ham di Stadium London.

"Dia merupakan pemain bertaraf dunia, dia telah mempamerkan aksi yang berkualiti dalam jangka masa yang panjang, dia adalah legenda kelab ini," ujar Jones.

"Saya berharap dia akan menjaringkan gol seawal minit pertama pada Ahad!"

Seorang lagi pemain yang menyerlah buat United adalah Henrikh Mkhitaryan, yang berjaya mempamerkan aksi memukau.

"Saya berpendapat dia telah bermain dengan baik, anda dapat melihat kualiti kawalan bola yang dimiliki oleh Miki (Mkhitaryan).

"Dia telah bekerja keras [dalam sesi latihan], dan perkara ini harus dilakukan oleh setiap pemain di dalam pasukan."

Tentang Penulis

Joe Wright

Komen