Rodgers: Kejuaraan liga momen paling hebat dalam sejarah Liverpool

Oleh Muzaffar Musa 27 Jun 2020 823
Rodgers: Kejuaraan liga momen paling hebat dalam sejarah Liverpool
Brendan Rodgers memuji momen terhebat dalam sejarah Liverpool selepas bekas pasukan kendaliannya itu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris semalam.

Penantian 30 tahun skuad The Reds itu berakhir sebaik Manchester City tewas 1-2 kepada Chelsea untuk pasukan kendalian Jurgen Klopp itu tidak lagi boleh dipintas dengan kelebihan 23 mata.

Ia merupakan kejuaraan pertama kelab Anfield itu dalam era Liga Perdana selepas beberapa kali hampir melakukannya dalam musim-musim terdahulu.

Salah satu kegagalan itu adalah dalam musim 2013-14, di mana Rodgers merupakan pengurus dan Liverpool ketika itu tewas sebanyak dua mata selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.

Dengan pengalaman seperti itu, pengurus Leicester City, Rodgers, tahu betapa besarnya makna kejayaan itu buat kelab berkenaan sambil memuji kejayaan mereka.
 
"Selepas hampir mendapatkannya terlebih dahulu (sebagai pengurus Liverpool), ia merupakan momen paling hebat dalam sejarah mereka," katanya menjelang perlawanan skuad The Foxes itu dengan Chelsea malam esok.

"Pernah melaluinya ketika saya berada di sana, keinginan untuk mendapatkannya, saya gembira buat Jurgen dan buat beberapa tahun lalu di mana kami sudah terlalu hampir untuk mendapatkannya.

"Saya gembira buat Jordan Henderson dan semua penyokong.

"Ke mana sahaja anda merantau ke seluruh dunia sebagai pengurus Liverpool, mereka sentiasa ada dengan jumlah yang ribuan.

"Saya gembira dengan pemiliknya juga. mereka melakukan sesuatu yang baru. Mereka adalah pemilik  yang hebat," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen