Robson banding aksi Fernandes, Scholes

Oleh Nafis Abdullah 4 April 2020 233
Robson banding aksi Fernandes, Scholes
Bekas kapten Manchester United, Bryan Robson, menyamakan aksi bintang tengah, Bruno Fernandes, dengan legenda kelab, Paul Scholes.

Fernandes jelas menyinar bersama United sejak hadir daripada kelab Portugal, Sporting Lisbon, Januari lalu, apabila meledakkan tiga gol dalam semua kejohanan semula saingan ditangguhkan susulan wabak coronavirus.

Dua gol dan tiga bantuan jaringan membolehkan dia meraih anugerah Pemain Terbaik Bulan Februari Liga Perdana Inggeris sebelum dianugerahkan Pemain Terbaik Bulanan United untuk Mac.

Robson memuji aksi pemain berusia 25 tahun itu susulan permulaan karier hebat di United.

"Sejak hadir, dia tampak seorang pemain istimewa. Disiplinnya sangat hebat," katanya.

"Saya menemuinya beberapa kali, melihatnya dalam sesi latihan dan dia bergaul dengan pemain lain. Anda boleh lihat bagaimana dia menjadi kapten Sporting.

"Dia bukan pemain seperti Roy Keane, Paul Ince atau Nicky Butt tetapi bagi saya, dia lebih kepada Scholes, bijak mencari ruang di antara pertahanan dan tengah.

"Namun, dia juga mempunyai kelemahan tetapi tetap mampu mencipta hantaran seperti Scholes, selain meledakkan gol.

"Diharapkan dia membuktikan saya betul dan menjadi seorang lagi Scholes untuk United."

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen