Rehat panjang Koscielny bakal berakhir

Oleh Staff Writer 24 November 2018 179
Rehat panjang Koscielny bakal berakhir
Kapten Arsenal, Laurent Koscielny, akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan pergelangan kaki, minggu depan.

Pemain Perancis itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan itu dalam aksi Liga Europa menentang Atletico Madrid, Mei lalu, sehingga menyebabkannya terlepas saingan Piala Dunia.

Dia kembali menyertai sesi latihan ketika rehat antarabangsa tetapi pengendali The Gunners, Unai Emery, berharap pemain berusia 33 tahun itu dapat beraksi bersama skuad B-23 menentang Derby County, Isnin ini.

"Dia mula berlatih dengan kami setiap hari sejak sebulan lalu," kata Emery.

"Proses untuknya ketika aksi rehat antarabangsa adalah menamatkan latihan bersama kami dan mula beraksi sedikit demi sedikit.

"Pertama sekali, kami bercadang untuk memulakan dengan skuad B-23. Dia semakin baik dan tampil dengan prestasi bagus. Saya rasa dia semakin hampir beraksi dengan kami.

"Kami akan membuat keputusan hari ini untuk segala perancangan buatnya tetapi kami memikirkan untuk mula menurunkannya di padang."

Kecederaan Koscielny telah memberikan ruang buat Rob Holding untuk mempamerkan kebolehannya dan bekas pertahanan Bolton Wanderers itu tampak menggunakan kesempatan tersebut.

"Saya rasa ketika pra-musim, semua pemain berpeluang untuk mempamerkan kebolehan dan saya rasa Holding semakin meningkat," tambah pengurus dari Sepanyol itu.

"Dia semakin yakin dan ia membuatkannya beraksi dengan baik. Dia membantu kami seperti yang dimahukan.

"Peluangnya tiba dalam perlawanan dan kini, Koscielny turut sedang berusaha untuk kembali beraksi bersama kami.

"Sokratis Papastathopoulos juga semakin berkembang. Saya rasa dia menyesuaikan diri dengan baik berbanding dalam dua bulan pertamanya.

"Kami memerlukan pemain dan Holding muncul watak penting dengan semangat dan komitmennya bersama pemain lain."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen