Pep Guardiola menegaskan beliau memuji pertahanan, Nathan Redmond, apabila mereka bertemu selepas perlawanan yang berkesudahan Manchester City menang 2-1 ke atas Southampton.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kembali dengan kelebihan lapan mata ke atas Manchester United hasil jaringan pada minit ke-96 oleh Raheem Sterling di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Guardiola meraikan kemenangan City selepas perlawanan berakhir dan kemudian bertemu dengan Redmond.

Bagaimanapun, bekas pengendali Bayern Munich itu menjelaskan beliau memuji kualiti yang dimiliki oleh Redmond di sebalik berang dengan pendekatan Southampton dalam perlawanan itu.

"Saya haya memberitahu Redmond bahawa dia adalah pemain yang berkualiti," kata Guardiola.

"Southampton mempunyai pemain-pemain yang berbakat, Redmond sangat bagus dalam situasi satu lawan satu.

"Tetapi mereka tidak melakukannya, mereka memilih untuk membuang masa dari minit kesembilan perlawanan.

Jaringan Oriol Romeu pada 15 minit terakhir perlawanan menafikan jaringan pembukaan Kevin De Bruyne, yang menyaksikan mereka bakal berkongsi mata.

Bagaimanapun, percubaan Sterling pada penghujung permainan memastikan tiga mata penuh dan meneruskan prestasi cemerlang The Citizens musim ini.

"Kami cuba mengekalkan momentum sepanjang perlawanan dan Sterling meledak gol yang berkualiti," tambahnya.