Rashford bawa perkhabaran gembira buat Manchester United 

Oleh Shaiful Shamsudin 1 Mac 2020 3052
Rashford bawa perkhabaran gembira buat Manchester United 
Menurut Ole Gunnar Solskjaer, berita Marcus Rashford yang dijangka akan kembali daripada kecederaan pada lewat musim ini sebagai rangsangan buat Manchester United.

Rashford, yang telah merekodkan 19 gol musim ini, telah diketepikan sejak pertengahan Januari lalu akibat kecederaan.

Tetapi di sebalik kebimbangan penggempur itu akan terlepas sisa kempen ini, Solskjaer mendedahkan pemain antarabangsa England berusia 22 tahun berkenaan mungkin kembali pada penghujung musim ini. 

"Imbasan yang dijalankan ke atasnya menunjukkan petanda yang agak positif," kata pengurus itu kepada akhbar UK.

"Tetapi kami akan memberinya masa yang diperlukan. Dia terdesak untuk kembali, tetapi ia memerlukan beberapa bulan lagi sebelum kami menilai situasinya, mungkin.

"Kami tidak boleh tergesa-gesa tetapi apabila cergas, dia akan menjadi lebih kuat jadi apabila kembali, dia akan menjadi rangsangan besar buat kami."

United, yang di kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris, akan berkunjung ke Everton malam ini selain masih dalam saingan pusingan kelima Piala FA dan di peringkat 16 Liga Europa.

Solskjaer berkata Rashford sudah tidak sabar-sabar lagi untuk kembali membantu misi The Red Devils memburu gelaran musim ini.

"Dia berada di bilik persalinan sebelum sepak mula dan dalam separuh masa. Dia mahu rakan-rakannya beraksi dengan baik supaya dia dapat kembali dan beraksi dalam Liga Europa dan perlawanan akhir Piala FA," katanya.

"Dia mahu tidak mahu ketinggalan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen