Ranieri, Santo kecewa dengan aksi hambar Fulham-Wolves

Oleh Staff Writer 27 Disember 2018 99
Ranieri, Santo kecewa dengan aksi hambar Fulham-Wolves
FULHAM 1 WOLVERHAMPTON 1

Claudio Ranieri memperoleh petanda positif daripada keputusan seri 1-1 Fulham dengan Wolverhampton walaupun mereka dibolosi pada penghujung permainan di Craven Cottage, semalam. 


Fulham di landasan untuk melakar kemenangan ketiga musim ini apabila Ryan Sessegnon membuka jaringan pada minit ke-74.

Fulham, bagaimanapun, gagal meraih mata penuh apabila Romain Saiss menjaringkan gol penyamaan buat Wolves ketika perlawanan berbaki lima minit.

Aleksandar Mitrovic hampir memberikan kemenangan dalam masa kecederaan, namun dia berada dalam kedudukan ofsaid, yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

"Saya agak kecewa kerana kami berhak meraih kemenangan berdasarkan persembahan yang dipamerkan dalam separuh masa pertama sebelum menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 15 minit," katanya.

"Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan, pemain-pemain telah memberikan yang terbaik dan ini adalah kali kedua kami bermain dengan corak yang sama bagi musim ini.

"Fulham telah memberikan tumpuan dalam melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan."

Sementara itu, Nuno Espirito Santo berpendapat Wolves berhak pulang dengan satu mata di sebalik aksi hambar dipamerkan dalam babak pertama.

"Ia adalah perlawanan yang sukar," kata Santo.

"Apabila mereka menjaringkan gol, saya berasa tidak adil kerana kami mengawal sebahagian besar permainan pada ketika itu. Tetapi kami mengekalkan rentak dan berjaya meraih gol penyamaan."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen