Aaron Ramsey mengakui dia agak terpesona dengan kehadiran nama-nama besar ketika dia menyertai Arsenal dari Cardiff City pada usia 17 tahun.

Ramsey menyertai pemain-pemain seperti Robin van Persie, Samir Nasri dan Cesc Fabregas di utara London pada tahun 2008 sebagai seorang pemain muda yang menjanjikan untuk bersinar walaupun belum membuktikan kebolehan dirinya di peringkat tertinggi.

Berjaya untuk mengatasi perasaan ketidakpercayaan setelah bertemu pemain yang disegani, pemain kebangsaan Wales itu berasa banyak yang telah berubah sejak lapan tahun yang lalu.

"Sebaik sahaja saya datang pada hari pertama, saya agak teruja melihat wajah-wajah di sana dan beberapa pemain berpengaruh dalam dunia bola sepak," Ramsey memberitahu laman web rasmi kelab itu.

"Saya pasti mereka semua berfikir, 'Siapa budak yang menyertai pasukan ini?' dan saya seperti gemuruh, menggigil ketika memperkenalkan diri, bertemu dengan beberapa pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Ia merupakan sesuatu yang nyata dan saya menepuk diri saya sendiri tetapi mereka membuat saya berasa dialu-alukan dan membuat saya berasa seperti mereka tidak mempunyai perbezaan [dengan orang lain].

"Saya berasa lebih kuat sekarang daripada saya yang dulu. Anda memahami bagaimana perkara yang berlaku di dalam dan di luar padang menjadi lebih baik.

"Ia hanya seolah-olah seperti baru semalam saya menandatangani kontrak dengan Arsenal tetapi sudah lapan tahun berlalu. Masa berjalan dengan pantas dan anda seperti tidak menyedarinya.

"Saya meninggalkan rumah ketika berusia 17 tahun untuk hidup saya sendiri dan ia agak sukar tetapi kini saya telah menjadi lebih matang.

"Saya rasa bola sepak telah banyak membantu dan saya telah mempunyai sebuah keluarga yang kecil sekarang, begitu banyak perkara yang telah berlaku dalam tempoh lapan tahun."