Puel yakin isi 10 kedudukan teratas

Oleh Penulis Jemputan 28 Oktober 2017 163
Puel yakin isi 10 kedudukan teratas
Pengendali baru Leicester City, Claude Puel, menyasarkan untuk menamatkan saingan liga musim ini dalam kelompok 10 terbaik.

The Foxes melantik bekas pengurus Southampton itu pada minggu ini susulan pemecatan Craig Shakespeare setelah hanya meraih satu kemenangan dalam lapan perlawanan awal.

Michael Appleton dipilih untuk mengendalikan pasukan buat sementara dan berjaya mengemudi Leicester menewaskan Swansea City, yang meletakkan mereka tiga mata di belakang The Saints yang berada di tangga ke-10.

Situasi itu membuatkan Puel yakin dia mampu menerajui pasukannya untuk menamatkan saingan musim ini sekurang-kurangnya antara 10 terbaik.

"Musim ini, kami akan cuba secara berperingkat.

"Kami akan cuba mempamerkan aksi terbaik di atas padang dan mendapatkan keputusan yang positif untuk menamatkan kedudukan separuh teratas liga.

"Amat penting buat Leicester untuk bekerja keras bersama-sama dan mendapatkan hubungan baik sesama kami. Kami sedar keputusan yang baik amat penting," ujar Puel.

Dalam masa sama, dia juga mengesahkan Wes Morgan akan kekal memegang lilitan ketua pasukan buat Leicester.

"Wes adalah kapten kami dan semua pemain menghormatinya dan ia satu perkara yang bagus," tambahnya.

Puel bakal dibantu oleh Appleton dan juga individu yang bersamanya ketika di Southampton, Pascal Plancque.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen