Puel mahu kekalkan Maguire

Oleh Staff Writer 8 Ogos 2018 173
Puel mahu kekalkan Maguire
Leicester City bercadang untuk menolak sebarang tawaran terhadap pemain yang menjadi sasaran Manchester United, Harry Maguire, kata ketua jurulatih, Claude Puel.

Selepas melengkapkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu, prestasi memberangsangkan yang dipamerkan oleh Maguire di pentas Piala Dunia telah mencetuskan minat beberapa pasukan.

United dilaporkan bersedia untuk memberikan tawaran, menjadikan pemain berusia 25 tahun itu sebagai pertahanan termahal dunia tetapi Puel mahu jaminan daripada Leicester bahawa aset bernilai kelab itu tidak akan meninggalkan pasukan.

"Sesuatu yang bagus buat Leicester untuk mengekalkan pemain berkualiti seperti Maguire, Jamie Vardy dan Wilfred Ndidi. Kesemua mereka adalah penting buat kami," ujar Puel.

"Semestinya penting untuk mengekalkan mereka dan menetapkan sasaran untuk musim depan.

"Saya faham tentang spekulasi yang melanda pemain-pemain kami kerana kualiti yang mereka miliki, namun saya gembira untuk mengekalkan khidmat mereka dan diharapkan dapat memulakan musim yang hebat."

Manchester City menjadikan Riyad Mahrez sebagai pembelian termahal mereka bulan lalu dan Puel menegaskan bahawa kehilangan pemain utama dalam pasukan selepas ini bukan agenda pasukannya.

"Kami kehilangan Mahrez, pemain yang bagus buat kami dan mampu mengubah perlawanan.

"Selepas Mahrez berhijrah, penting untuk kami mengekalkan pemain-pemain sedia ada dan menambah beberapa muka baru dengan kualiti yang baik untuk memperkuatkan pasukan," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen