Puel gembira Saints ikat The Citizens

Oleh Jamie Smith 24 Oktober 2016 1
Puel gembira Saints ikat The Citizens

MANCHESTER CITY 1 SOUHTHAMPTON 1

Claude Puel berpuas hati dengan persembahan Southampton walaupun Manchester City bangkit menyamakan kedudukan untuk seri 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.


Nathan Redmond memberikan gol pendahuluan buat pasukan pelawat di Stadium Etihad tetapi pemain gantian, Kelechi Iheanacho, menyamakan kedudukan -- menyaksikan Southampton merekodkan enam perlawanan tanpa kalah dalam saingan liga.

Puel berkata dia amat gembira dengan persembahan pasukannya walaupun hanya memungut satu mata.

"Kami boleh berpuas hati dengan persembahan kami," kata Puel kepada BBC Sport.

"Kami berdepan pasukan yang hebat dan ia amat penting buat kami memberikan tumpuan sepanjang permainan.

"Kami berjaya mengambil peluang untuk menjaringkan gol selepas bertahan dengan baik.

"Pemain-pemain saya telah bersaing dalam Liga Europa bertemu Inter. Mereka agak keletihan tetapi telah mempamerkan semangat yang tinggi dalam perlawanan ini."

Tentang Penulis

Jamie Smith

Komen