Pep Guardiola percaya Raheem Sterling mampu menjadi lebih bagus selepas permulaan yang baik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sterling merupakan penjaring terbanyak City selepas meledak 12 gol dalam semua pertandingan buat skuad kendalian Guardiola itu mendominasi saingan domestik dan Liga Juara-Juara (UCL).

City berada di persada liga dengan kelebihan lapan mata dan memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan UCL setakat ini.

Guardiola menyifatkan bekas penyerang Liverpool itu, yang menjaringkan gol kemenangan 2-1 City ke atas Huddersfield Town pada Ahad lalu, untuk terus memainkan peranan penting buat pasukan dalam usaha untuk merangkul gelaran juara EPL.

"Cara kami bermain membantu meningkatkan prestasi individu," katanya.

"Seperti yang cakap sebelum ini, Sterling masih muda dan mempunyai ruang untuk meningkatkan prestasinya.

"Bukan sahaja kepada Sterling, dalam sesi latihan, pemain-pemain yang tidak beraksi berdepan Huddersfield turut mempamerkan aksi cemerlang," katanya.

City akan berdepan Southampton awal pagi esok.

"Saya telah menyaksikan beberapa aksi Southampton sejak beberapa minggu lalu.

"Mauricio telah melakukan tugas yang baik di Alaves musim lalu. Mereka mempunyai ramai pemain-pemain muda.

"Kami beraksi bersama dalam satu atau dua musim. Ia merupakan pengalaman yang berharga -- dia sentiasa bercakap mengenai taktikal," ujarnya.