Prestasi merudum tidak terlalu bimbangkan Pardew

Oleh Ryan Benson 4 November 2016 0
Prestasi merudum tidak terlalu bimbangkan Pardew

Pengurus Crystal Palace, Alan Pardew, berkata kekalahan tiga perlawanan berturut-turut tidak membimbangkannya menjelang aksi bertemu Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Tiga kekalahan ini meletakkan Palace di tangga ke-13 selepas memulakan saingan musim ini dengan baik, namun The Eagles gagal mengekalkan momentum mereka apabila tewas kepada West Ham, Leicester City dan Liverpool.

Palace kini terikat dengan Burnley dengan 11 mata dan kemenangan akan meletakkan mereka dalam kelompok 10 pasukan terbaik.

Walaupun Pardew agak terganggu dengan prestasi Palace, beliau menjelaskan bahawa masih ada ruang buat pasukan untuk bangkit.

"Kadang-kala, senarai perlawanan Liga Perdana Inggeris amat menyukarkan mana-mana pasukan," ujarnya.

"Kami berkunjung ke Stadium King Power berdepan juara bertahan [Leicester] dan Liverpool di laman sendiri, tetapi kekalahan kepada West Ham adalah keputusan yang mengecewakan kami.

"Tetapi penyokong mengetahui kami telah memberikan yang terbaik, jadi saya tidak terlalu bimbang. Kami memerlukan tuah dan keputusan pengadil yang memihak kepada kami.

"Perlawanan berdepan Burnley amat penting buat kami. Jika kami dapat meraih tiga mata penuh, kami mampu mendaki ke kelompok 10 terbaik."

Tentang Penulis

Ryan Benson

Komen