Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United telah berkembang pesat sejak terkandas dalam tiga separuh akhir sepanjang musim 2019-20 apabila menyambut kunjungan Manchester City, awal pagi esok, untuk mengintai tiket perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL).

Sekiranya situasi berjalan sedikit berbeza pada musim lalu, The Red Devils mungkin telah mengakhiri kempen musim lalu dengan tiga kejuaraan, justeru ia mengundang rasa kurang senang pengurus itu.

United tewas 1-3 kepada Chelsea dalam separuh akhir Piala FA, disingkirkan Sevilla 1-2 dalam Liga Europa seterusnya disekat 2-3 secara agregat oleh City di peringkat sama Piala EFL.

Penyingkiran itu dibayangi kakalahan dalam pertemuan pertama yang menyaksikan United agak beruntung hanya kalah 1-3 sementara kemenangan 1-0 ketika bertandang di tempat lawan tidak memadai untuk menyelamatkan harapan mereka.

Begitupun, boleh dikatakan wujud aura yang berbeza dengan pasukan United ketika ini.

Mereka meraih 33 mata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk dipisahkan dengan pendahulu, Liverpool, menerusi perbezaan mata tetapi kurang beraksi satu perlawanan selain belum kalah dalam tujuh perlawanan terakhir.

Pertemuan separuh akhir Piala EFL itu, bagaimanapun, hanya dilangsungkan satu perlawanan, lantas Solskjaer menegaskan barisan kendaliannya kali ini adalah raksasa yang berbeza.

"Apabila anda mara ke separuh akhir, anda telah melakukan tugas yang amat baik dan secara semula jadinya anda anda terbabit dalam perlawanan yang lebih baik dan menjadi lebih baik," katanya kepada wartawan.

"Saya rasa kami telah meningkat dengan pesat dalam tempoh setahun sejak separuh akhir terakhir (menentang City), malah kami mengharungi kempen di peringkat Eropah pada Ogos lalu.




"Bagi saya, kami semakin untuk ke final, kami telah banyak berkembang walaupun mudah untuk mengatakan, 'adakah kami sudah belajar?' Tetapi ini bukan soal apakah kami sudah belajar, ia juga mengenai beberapa jurang dalam separuh akhir.

"Apabila anda memenangi perlawanan bola sepak, anda tidak akan menganggap ia sebagai perlawanan separuh akhir atau biasa, liga mahupun suku akhir, anda hanya memikirkan soal aksi ini dan ingin memenanginya."

Juara 20 kali itu telah berdepan City sebanyak enam kali sejak pengendali kelahiran Norway tersebut mengambil alih kerusi panas berkenaan daripada Jose Mourinho pada Disember 2018 dan mungkin agak mengejutkan, dia memiliki reputasi baik ke atas Pep Guardiola dalam tiga pertemuan lalu dengan dua daripada memihak anak buahnya.

Dalam pertemuan terakhir mereka kurang sebulan yang lalu, keputusan seri tanpa jaringan tidak menghalang Solskjaer daripada bangga mengenai persemabhan pemainnya yang terus meningkat.

Mereka mempunyai alasan untuk berwaspada memandangkan The Citizen lima berturut-turut mara ke separuh Piala EFL sementara hanya kalah dua kali dalam 23perlawanan kempen itu sepanjang di bawah bimbingan Guardiola.

"Saya telah melihat kemajuan," katanya lagi.

"Kadang-kadang keputusan tidak mencerminkan keseluruhan perlawanan, beberapa gol yang terhasil daripada serangan balas yang membantu kemenangan kami dilaksanakan dengan menarik; dalam liga ketika kemenangan kami, kami sepatutnya boleh menyumbat empat atau lima gol dalam satu tempoh 10-15 minit.

"Beberapa serangan balas yang dilancarkan kami adalah luar biasa tetapi kami kurang menguasai permainan dan bertahan dengan baik. Saya rasa dalam perlawanan terakhir pula, penguasaan kami adalah 50-50, mungkin didorong corak permainan kedua-dua pasukan tetapi saya masih berasakan itu tetap merupakan kemajuan selepas diasak lebih kerap.

"Anda tidak pernah tahu sistem apa yang akan dia (Guardiola) terapkan tetapi saya sedar kami perlu bertahan dengan baik ketika menentang Man City."