Jurgen Klopp percaya Diogo Jota akan bertambah baik buat Liverpool selepas jaringan kemenangannya ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Jota menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke-64 di Anfield, di mana juara bertahan itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan, memerlukan Roberto Firmino untuk menafikan jaringan pembukaan Sander Berge.

Dibawa masuk dari Wolves September lalu, Jota menjadi pemain pertama Liverpool sejak Sadio Mane pada 2016 untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan EPL di laman sendiri buat kelab itu.



Klopp menurunkan Jota bersama trio utama -- Mane, Mohamed Salah dan Firmino -- dan pengurus itu gembira dengan pemain berusia 23 tahun itu.

"Dia seorang pemain yang mudah disukai. Mudah untuk menyukainya dan ia membuatkan segala-galanya dan pemain pantas di sini," katanya.

"Kekuatan fizikalnya, dia mampu cemerlang di udara mahupun di darat. Jadi dia merupakan kualiti yang diperlukan pasukan dan ia banyak membantu."

Tambah Klopp, "Jota menjaringkan gol yang terbaik dan terlibat dalam perlawanan ini, dia mampu menghadirkan permainan yang lebih baik."