Edinson Cavani telah djangkiti coronavirus sebelum ini dan telah memikirkan tentang persaraan sebelum menandatangani kontrak dengan Manchester United.

Penyerang Veteran, Cavani dan teman wanitanya diuji positif COVID-19 selepas bercuti di Ibiza yang turut menyaksikan Neymar, Angel Di Maria, Leandro Paredes, Mauro Icardi, Keylor Navas dan Marquinhos turut dijangkiti virus tersebut.

Di usia 33 tahun, Cavani tanpa sebarang kelab selepas kontraknya bersama PSG telah tamat Jun lalu, tetapi United memberikannya perjanjian selama setahun dengan pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi, pada hari terakhir jendela perpindahan.

Cavani menikmati waktu rehat di ladang negara kelahirannya di Salto, Uruguay, dan telah memikirkan untuk menamatkan karier sebagai pemain profesional.

"Itu adalah sesuatu yang kita simpan dalam diri sendiri dan saya akan mengatakannya pada tiba masanya," kata Cavani.

"Tiada apa yang dapat diperoleh dengan mengatakannya pada masa itu jika anda mematuhi protokol yang ditetapkan.

"Kami menghabiskan banyak hari di kuarantin, malah lebih lama daripada yang diperlukan. Tidak perlu memberitahu sesiapa pun.

"Itu setelah kami tiba di Paris dari Sepanyol. Pada mulanya kami diuji negatif, tetapi ketika teman wanita saya mula mendapat simptom, kami mengambil ujian sekali lagi dan kami positif.

"Kesihatan keluarga saya didahulukan. Sudah tentu saya berfikir untuk berhenti bermain bola sepak. Memang benar saya menganggap pilihan itu dan kemungkinan berhenti bermain dan mendedikasikan diri saya untuk hidup di kawasan luar bandar."
Cavani, yang turun kali terakhir dalam aksi kompetitif Mac lalu ekoran pembatalan musim Ligue 1 2019-20, dikaitkan dengan Gremio dan Benfica sebelum menandatangani kontrak dengan United.

Ditanya mengenai bagaimana perasaan menghabiskan masa begitu lama tanpa pasukan, dia berkata, "Ia merupakan perkara yang normal untuk berasa sedikit cemas. Liga telah bermula dan sememangnya saya mahu bersama pasukan.

"Saya percaya terdapat maksud dengan setiap apa yang berlaku, tidak mengira betapa anda mahukan sesuatu, jika ia tidak berlaku, ia tidak akan berlaku.

"Terdapat banyak ketidakpastian dan kegelisahan. Hari mulai berlalu dan saya melihat keluarga saya, rakan-rakan dan semua mahu mengetahui sama ada saya akan terus beraksi atau sebaliknya.

"Kini kami sudah gembira dan keputusan dan mahu kembali menyarung jersi."