Pogba tidak menyesal tolak tawaran Real Madrid

Oleh Penulis Jemputan 13 Disember 2017 2562
Pogba tidak menyesal tolak tawaran Real Madrid
Paul Pogba mengakui tidak menyesal mengikut kata hatinya dengan kembali ke Manchester United dan menolak peluang untuk menyertai Real Madrid.

Pogba menandatangani kontrak bersama United, di mana dia memulakan kerjaya profesionalnya, untuk rekod awal sebanyak €105 juta (RM503 juta) pada Ogos tahun lalu setelah memenangi empat gelaran Serie A berturut-turut di Juventus.

Madrid berminat untuk membawa pemain antarabangsa Perancis itu ke Santiago Bernabeu, namun Pogba memilih untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.

"Sejujurnya, Real Madrid datang kepada saya dan saya fikir untuk pergi ke sana, dan saya juga fikir untuk pergi ke Manchester United," kata Pogba.

"Tetapi hati saya memberitahu agar kembali (ke Manchester), saya tidak tahu mengapa, saya tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Tetapi saya melakukannya dan saya tidak menyesalinya. Saya tidak pernah menyesal dengan pilihan saya," jelasnya.

Pogba sedang menjalani penggantungan tiga perlawanan dalam Liga Perdana selepas dibuang padang dalam kemenangan 3-1 United di Arsenal -- penggantungan yang menyebabkan pemain berusia 24 tahun itu terlepas 'derby' Manchester, Ahad lalu, yang menyaksikan City meraih kemenangan 2-1 dan melebarkan jurang kepada 11 mata di puncak liga.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen