Paul Pogba sedia untuk kembali ke prestasi terbaik bersama Manchester United dan menutup mulut pengkritik, kata bekas penyerang The Red Devils, Louis Saha.

Pemenang Piala Dunia, Saha, bergelut untuk memenuhi harapan di sekelilingnya sejak kembali ke pangkuan United, empat tahun lalu.

Bekas produk akademi United itu -- yang menyinar selepas berhijrah ke Juventus pada 2012 -- sering dipersalahkan dalam prestasi United yang tidak menentu.

Rakan senegaranya, Saha, berkata Pogba -- yang telah pulih daripada kecederaan yang mengganggu kempennya musim ini -- kini jelas mahu menyumbang kepada skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tatkala saingan bola sepak Inggeris bakal bersambung bulan ini.

Pengendali United itu secara terbuka menyokong Pogba yang bakal digandingkan dengan pemain yang baru hadir dan mencipta impak di bahagian tengah, Bruno Fernandes, dan Saha berkata dia yakin dengan kemampuan itu.

"Pogba adalah salah seorang pemain terbaik dunia," katanya.

"Dia berdepan musim sukar akibat kecederaan. Dia kembali dengan lebih bermotivasi, itu yang sesetengah pemain ceritakan kepada saya.

"Apabila saya berbual dengannya melalui telefon, dia sangat bermotivasi, jadi saya benar-benar melihat Pogba, bukan yang baru tetapi yang meraih sokongan. Saya tidak fikir dia menerimanya sebelum ini.

"Kini, dia memiliki Fernandes di sebelahnya, seorang ketua dan perancang."

Saha -- yang menyarung jersi United dari 2004 sehingga 2008 --juga berkata, sebelum ini apa sahaja melibatkan Pogba akan menjadi silapnya dan menerima jika ada kelab dikaitkan dengan tonggak tengah itu, hujung musim ini.

"Saya sangat gembira berkongsi tanggungjawab, saya mahu melihat pasukan itu," tambahnya.

"Musim ini hampir tamat dan namanya mungkin aktif dalam jendela perpindahan.

"Namun, dia kini sangat bermotivasi. Berbekalkan bakat yang ada, dia telah buktikan kemampuannya tetapi kini mempunyai pentas lebih baik untuk menutup mulut pengkritik."