Paul Pogba mungkin perlu menunggu selama 12 hingga 18 bulan sebelum meninggalkan Manchester United ekoran pandemik koronavirus, menurut Gary Neville.

Spekulasi yang melibatkan pemenang Piala Dunia, yang sekadar membuat lima penampilan dalam kesebelasan utama bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran kecederaan, dengan perpindahan meninggalkan Old Trafford.

Real Madrid dan bekas pasukannya, Juventus, antara yang memantau perkembangan Pogba, yang kerap kali menjadi perdebatan mengenai masa depannya.

United telah menolak tawaran bagi pemain berusia 27 tahun itu sehingga kini dan Neville berasakan krisis Covid-19 akan memberikan kesukaran buat pembeli mencapai kehendak pemain serta kelab.

"Haluan karier Pogba sepanjang musim ini sentiasa melihat ke arah jalan keluar meninggalkan Manchester -- terlalu banyak spekulasi melibatkan Pogba serta ejennya sepanjang masa," kata Neville kepada Sky Sports.

"Koronavirus dan ekonomi akan bermula daripada sifar selepas ini, kelab mana yang mampu mendapatkan khidmat Paul Pogba yang yuran perpindahan yang mungkin mencecah GBP100 juta?

"Kelab mana yang mampu membayar gaji yang lumayannya ketika bersama Manchester United?

"Saya bukan ingin memburuk Pogba, saya hanya bercakap mengenai situasi ekonomi yang perlu dihadapi ketika ini.

"Paul Pogba mungkin perlu kekal di United untuk 12 atau 18 bulan lagi.

"Dan dia mungkin juga berpandangan bahawa dia bermain bersama kelab yang memiliki pemain seperti Bruno Fernandes, Fred, [Scott] McTominay, [Nemanja] Matic, [Harry] Maguire, [Aaron] Wan-Bissaka, Brandon Williams, dan [David] de Gea.

"Kemudian anda ada Mason Greenwood, [Anthony] Martial dan [Marcus] Rashford di bahagian serangan."