Pogba: Kepulangan ke United perasaan terbaik 

Oleh Penulis Jemputan 14 November 2018 345
 Pogba: Kepulangan ke United perasaan terbaik 
Paul Pogba menegaskan ia satu bentuk 'perasaan terbaik' untuk kembali ke Manchester United biarpun laporan mengaitkannya akan meninggalkan kelab itu sekali lagi.

Pemain antarabangsa Perancis berkenaan menandatangani kontrak bersama United pada 2016 dengan bayaran awal sebanyak £89.3 juta (RM486.6j) yang merupakan perpindahan termahal dunia ketika itu, empat tahun selepas dia meninggalkan United untuk menyertai Juventus secara percuma.

Pogba sering menegaskan bahawa dia berasa seperti di kampung halaman sendiri di Old Trafford, namun hubungan sukar dengan pengurus, Jose Mourinho, menyebabkan pemain tengah tersebut mahu angkat kaki, dengan Barcelona atau kelab lamanya, Juve, menjadi destinasi berkemungkinan.

Begitupun, Pogba menekankan betapa gembiranya dia dapat menyertai semula United sambil mendedahkan tidak terlintas untuk berhijrah. 

"Apabila saya kembali ke United, ia adalah perasaan yang terbaik," katanya kepada Inside United.

"Saya dapat pulang ke kampung halaman. Saya selalu mengimpikan untuk mewakili United, kerap turun beraksi dan menjaringkan gol. Tiada perubahan besar kecuali daripada segi pasukan dan pengurus, namun selebihnya tetap sama.

"Saya baru sahaja pulang ke halaman sendiri, saya tidak mahu pergi -- saya hanya pergi bercuti! Ia adalah perasaan yang hebat untuk dapat pulang.

"Adalah hebat dapat kembali untuk menghirup udara Manchester yang tidak pernah berubah."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen