Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, mendedahkan dia merupakan salah seorang peminat Arsenal ketika muda kerana menyaksikan legenda The Gunners, Thierry Henry dan rakan senegarannya dari Perancis beraksi.

Pogba kembali ke United buat kali kedua selepas meninggalkan kelab untuk menyertai Juventus pada 2012 sebelum pulang ke Old Trafford empat tahun kemudian.

Tetapi Pogba pada awalanya berminat dengan musuh United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal dan berkata, "Sejujurnya, saya seorang peminat Arsenal pada mulanya, kerana mereka memiliki ramai pemain Perancis.

"Saya dan abang saya meminati Arsenal tetapi seorang lagi adalah penyokong United. Saya seorang yang meminati Henry. Kemudian saya bertukar dengan memilih untuk menyokong United.

Pogba –- yang kekal dikaitkan dengan penghijrahan meninggalkan Old Trafford -- turut menjelaskan keputusan untuk meninggalkan United pada 2012.

"Ia merupakan keputusan yang sukar buat saya, dengan pengurus dan segala-galanya mengenai kontrak saya," katanya. "Ia bukan mengenai kontrak tetapi lebih kepada kepercayaan oleh pengurus [Alex Ferguson].

"Bagi saya, beliau adalah terbaik dalam sejarah, When they asked me to sign the contract, if I didn't sign, a lot of things happened. I didn't train, I went back to training by myself and stuff like this.

"Pada ketika itu, saya hanya mahu bermain bola sepak dan apabila saya meraih peluang untuk beraksi, bedepan Blackburn, ketika itulah saya sangat patah hati.

"Tiada pemain tengah dalam pasukan -- ramai mengalami kecederaan, [Paul] Scholes tidak bersama pasukan, saya berasakan dia telah bersara sebelum kembali menyertai pasukan. Rafael bermain di bahagian tengah bersama Park Ji-sung dan saya tidak berpeluang untuk beraksi. Kami tewas dalama perlawanan tersebut. Saya berada di bangku simpanan memanas badan dan berasakan ia adalah peluang yang besar bagi saya namun saya tidak diturunkan.

"Pengurus berhak membuat keputusan tetapi itu adalah hari yang mengecewakan bagi saya. Saya memberitahu Patrice [Evra] ia adalah peluang bagi saya, saya telah berlatih bersamanya dan bercakap mengenai peluang saya. Saat yang sedih bagi saya.

"Jadi saya berhijrah ke Juventus, keputusan yang sukar, sukar kerana berpindah ke kelab yang lain dan tidak mengenali sesiapa dalam kesebelasan utama pasukan tetapi saya hadir sebagai pemain muda. Ia menghidupkan semula peluang untuk membuktikan kemampuan saya."